Pustaka Islamiyah Holdings (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada 24 Oktober 1995 dan diterajui oleh dua orang lembaga pengarah.

Pada awalnya, kegiatan utama Pustaka Islamiyah Holdings (M) Sdn Bhd adalah membekal buku-buku ke perpustakaan di jabatan-jabatan swasta dan kerajaan, serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS). Kebanyakan buku-buku yang dibekalkan terdiri dari pelbagai buku rujukan ilmiah yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit dalam dan luar negara.

Teraju syarikat ini diambilalih oleh pihak pemegang saham dan pengurusan baru pada April 2010 yang telah mengasaskan visi dan misi baru yang bakal menyelaraskan arahtuju serta aktiviti syarikat yang baru serta dinamik yang tertumpu kepada tiga aktiviti pokok.

Prinsip menyebarkan media cetak berunsur islam yang bermanfaat yang mengunakan saluran pasaran internet (e-commerce) dilancarkan pada bulan Jun 2010. Ini bertujuan menyebarluaskan pasaran dan permintaan yang seluas mungkin serta memudahkan pihak pengguna mendapatkan buku keperluan tanpa meninggalkan meja computer di rumah atau di pejabat. Permintaan dari pihak pengguna yang tidak berdekatan dengan kedai buku juga bakal dapat manfaat ilmu keperluan berunsurkan agama islam. Perkhidmatan ini juga bertujuan memudahkan para pelanggan dari luar negara untuk membuat pembelian dengan lebih mudah, cepat dan tanpa sempadan.

Fokus kedua sebagai penyambungan aktiviti sebelum ini ialah membantu institusi-institusi dengan bekalan pelbagai keperluan buku-buku ilmiah termasuk yang bukan berunsur ilmiah islamiyah. Ini selaras dengan visi dan misi syarikat.

Usaha menerbit buku-buku islamiyah yang baru merupakan aktiviti penting selaras misi dan visi syarikat dengan gabungan bersama penulis-penulis berbakat. Ini termasuk penerbitan buku-buku dalam bahasa arab yang baru dan yang silam; yang diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia dan Inggeris yang juga bakal memberi manfaat kepada para pembaca khususnya dan masyarakat umum secara amnya akan ilmu-ilmu yang dapat diserapkan.

“PENGEDAR MEDIA CETAK YANG MENGANDUNGI ILMU BERMANFAAT KEPADA MASYARAKAT UMUM”

SELAYANG PANDANG